· Aktiviti Harian

Pusat Islam UKM bergerak melalui aktiviti yang melibatkan seluruh warga UKM merangkumi kakitangan dan para pelajarnya. Justeru itu, Pusat Islam sentiasa melaksanakan pelbagai aktiviti pengimarahan Masjid bersesuaian dengan perananya dalam menyebarkan ilmu agama di samping bertindak sebagai urusetia kepada pelbagai aktiviti di peringkat universiti.
Antara aktiviti Pusat Islam yang dijalankan setiap hari adalah :
Solat berjemaah kelima - lima waktu
Kelas pengajian talaqqi Al - Quran untuk kanak - kanak
Kelas pengajian talaqqi Al - Quran untuk orang dewasa
Kelas Pengajian hafazan Al - Quran
Kuliah pengajian maghrib